MA'AHAD DARUL ANWAR CHAT


Wednesday, July 30, 2008

AIR YANG DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS

Apa khabar semua, khususnya untuk warga Mada@Smuda. Baru-baru ini seorang sahabat seperguruan Mada memberitahu Mada masuk telivisyen. Terkejut jugalah rasanya, takut-takut ada isu panas yang berlaku di sana.Sangkaan saya meleset sama sekali malahan saya berbangga kerana laman web BALADI( Badan Latihan Dakwah Islamiah) berjaya mendapat tempat untuk dipertandingkan dalam ANUGERAH MEDIA ISLAM.
Bukan Senang hendak mencapai ke peringkat tersebut. Ini semua hasil berkat bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang mendidik dan berjasa kepada kita. Dengan kecanggihan teknoligi yang ada, diharapkan ruangan Blog yang dilhamkan ini dapat menemukan kita kembali dan mengeratkan silaturrahim yang sudah lama terputus.
Mudah-mudahan kemunculan Blog ini dapat diwar-warkan kepada semua warga Mada tidak kiralah dari generasi mana sekalipun. Saya akhiri kalam ini dengan seribu kemaafan dan selamat melayari Blog ini
Sekian.

1 comment:

Mi-G said...

Sekalung tahniah saya ucapkan... kami memang menanti kemudahan untuk berhubung dengan generasi mada sebelum ini...apatahlagi kalu dapat borak2 macam ni.